Selamat Datang ke Blog Kg Masjid

Selamat Datang ke Blog Kg Masjid
Selamat Datang ke Blog Kg Masjid , Sungai Buloh, Selangor

Anda Pengunjung ke

Saturday, January 1, 2011

Program 'Jom ke Sekolah' anjuran JKKK Kg Masjid


Sempena pembukaan sessi Persekolahan tahun 2011 ,bertempat di Dewan Kg Masjid Sungai Buloh ,satu Program 'Jom ke Sekolah' telah dianjurkan oleh pihak JKKK Kg Masjid pada 1/01/2011 yang lepas.

Antara salah satu objektif program ini dibuat adalah untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan para pelajar untuk memulakan sessi persekolahan 2011.

Seramai 33 murid yang terdiri dari anak-anak penduduk Kg Masjid telah dikenalpasti dan dipilih untuk menerima sumbangan dari pihak JKKK pada majlis tersebut. Kesemua 33 murid tersebut adalah merupakan murid-murid dari pra sekolah , rendah dan menengah yang akan memulakan sessi persekolahan untuk tahun 2011.

Sumbangan berupa wang tunai dan alat-alat tulis itu telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi JKKK sendiri iaitu En Zulkifli. Dengan itu diharap sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar untuk menempuhi alam persekolahan dan secara tidak langsung dapat meringankan bebanan para ibu-bapa .












No comments:

Post a Comment