Selamat Datang ke Blog Kg Masjid

Selamat Datang ke Blog Kg Masjid
Selamat Datang ke Blog Kg Masjid , Sungai Buloh, Selangor

Anda Pengunjung ke

Sunday, January 16, 2011

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan dan Makan Malam JKKK di Jeram

Pada 8hb Januari 2011 , Jam 8:00 malam , bertempat di Restoran Muara Ikan Bakar Jeram, Selangor satu Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan dan Makan Malam telah dianjurkan oleh Pihak JKKK bagi memperingati dan menghargai sumbangan ahli-ahli JKKK didalam memajukan dan memakmurkan Kampung Masjid selama mereka bersama-sama mentadbir didalam JKKK Kg Masjid.

Seramai 13 ahli JKKK ( kecuali 2 ahli yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tertentu) bersama keluarga masing-masing telah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.Majlis secara ringkas itu telah dimulai dengan ucapanTuan Pengerusi JKKK sendiri iaitu En Zulkifli dan upacara penyerahan sijil dilakukan selepas itu.















Add Image











Saturday, January 1, 2011

Program 'Jom ke Sekolah' anjuran JKKK Kg Masjid


Sempena pembukaan sessi Persekolahan tahun 2011 ,bertempat di Dewan Kg Masjid Sungai Buloh ,satu Program 'Jom ke Sekolah' telah dianjurkan oleh pihak JKKK Kg Masjid pada 1/01/2011 yang lepas.

Antara salah satu objektif program ini dibuat adalah untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan para pelajar untuk memulakan sessi persekolahan 2011.

Seramai 33 murid yang terdiri dari anak-anak penduduk Kg Masjid telah dikenalpasti dan dipilih untuk menerima sumbangan dari pihak JKKK pada majlis tersebut. Kesemua 33 murid tersebut adalah merupakan murid-murid dari pra sekolah , rendah dan menengah yang akan memulakan sessi persekolahan untuk tahun 2011.

Sumbangan berupa wang tunai dan alat-alat tulis itu telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi JKKK sendiri iaitu En Zulkifli. Dengan itu diharap sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar untuk menempuhi alam persekolahan dan secara tidak langsung dapat meringankan bebanan para ibu-bapa .