Sempena Hari Raya Haji pada 17 Nov2010 yang lalu, pihak JKKK telah menganjurkan Majlis Korban sejurus selepas sembahyang Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Dewan Kg Masjid manakala tempat penyembelihan dilakukan kawasan lapang bersebelahan Masjid.
Sebanyak 3 ekor lembu telah dijadikan korban pada hari tersebut dan Tuan Haji Bakri telah ditugaskan untuk menyempurnakan upacara penyembelihan tersebut.
Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama penduduk kampung beserta dengan ahli-ahli JKKK sendiri yang mana pembahagian tugas-tugas telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyempurnakan kerja-kerja penyembelihan .
No comments:
Post a Comment