Selamat Datang ke Blog Kg Masjid

Selamat Datang ke Blog Kg Masjid
Selamat Datang ke Blog Kg Masjid , Sungai Buloh, Selangor

Anda Pengunjung ke

Sunday, November 28, 2010

Program "TREASURE HUNT " Pusing kampung

Pada tanggal 28 hb Nov 2010 yang bertempat di Dewan Kg Masjid ,pihak JKKK telah menjalankan satu program mencari Harta Karun atau "Treasure Hunt" .

Tujuan dan objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan sillaturahim atau semangat Ukhwah dikalangan penduduk kampung sendiri.

Program mencari harta karun ini telah dijalankan dengan lancar dan jayanya yang mana telah menarik minat sehingga 18 pasukan telah terbentuk daripada setiap keluarga bagi menyertai pertandingan tersebut .
Salah satu faktor sambutan yang hangat ini juga kerana pihak JKKK telah menyediakan yang agak lumayan iaitu hadiah berupa peralalatan elektrik kepada bakal pemenang pertandingan ini.


Antara hadiah hadiah lumayan menanti para pemenang.

Semua pasukan berkumpul bersiap sedia sebelum dilepaskan.


Sesi taklimat mengenai peraturan Treasure Hunt .

Sesi pendaftaran pasukan.

Senaman ringan dilakukan sebelum pertandingan.

Acara menyumpit( blow pipe) adalah salah satu acara pertandingan.



Acara menyambut belon air.

Tuan Pengerusi menjadi Hakim.




Acara Karaoke antara acara terakhir yang dinanti-nantikan oleh peserta.

Jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak JKKK.

Peserta cilik yang tidak kurang hebatnya.

Orang Besi Kg Masjid menunjukkan bakat terpendam.



Upacara Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Pengerusi JKKK sambil dibantu oleh Puan Mona.

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Korban anjuran JKKK pada 17 Nov 2010












Sempena Hari Raya Haji pada 17 Nov2010 yang lalu, pihak JKKK telah menganjurkan Majlis Korban sejurus selepas sembahyang Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Dewan Kg Masjid manakala tempat penyembelihan dilakukan kawasan lapang bersebelahan Masjid.


Sebanyak 3 ekor lembu telah dijadikan korban pada hari tersebut dan Tuan Haji Bakri telah ditugaskan untuk menyempurnakan upacara penyembelihan tersebut.




Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama penduduk kampung beserta dengan ahli-ahli JKKK sendiri yang mana pembahagian tugas-tugas telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyempurnakan kerja-kerja penyembelihan .




Saturday, September 25, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Kg Masjid pada 25Sept 2010









Thursday, September 9, 2010

Jamuan Hari Raya di rumah setiausaha pada 19/9/2010

Satu Jamuan Hari Raya untuk ahli-ahli JKKK telah diadakan di rumah setiausaha pada 19/9/2010.
Disamping menjamah jamuan kami juga mengambil kesempatan berbincang mengenai Jamuan Hari Raya Kg Masjid yang akan dibuat pada 25/09/2010