![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRs6H73cSOJDMae0rDkeL7nI8R7mQ15AgauIBT-K3BUBNsONm5kKzFlWNC4YSDSE6YXkXdlarfoljVi3GSS6xm7xwyJLXgcQ_KZwVnVN5GGti7goZ5cm8dp6lYB6qDH9pbCnkC3jwHOfo/s320/Picture+050.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhF-YiC4q3xFpr9zq_XBCgPVs2HLL3nADBFtQUkh0d09AGTx1BHNUOzcMNonbGI7capBszTbR9cctRipQW1mOGH-eB5WTi8q1mjF8QOQKGCLsB4bCfgyYrHF5qP87pJff3JNQqbvgJBcJA/s320/Picture+053.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6f5T5zK6Yyw6nkEbWRHq2Hke9Ez_qPwvNK77iTZcoxlElXFV82_NVbJuaG1WVJpZbJ3K4S6OIUIKGmWbtXrPfJ0QuT_hmiAod6uCdZelhe-7CpRVbZimb23Tg479OXRaLh6Yzmx16uRw/s320/Picture+046.jpg)
Selamat Datang ke Kampung Masjid, Sungai Buloh. Selangor
SEKAPUR SIREH
Nama Kampung Masjid diambil dengan sempena Perasmian Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor sultan Sallahuddin Abdul Aziz Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 14 Julai 1967.
Dalam titah ucapan perasmian baginda telah mengistiharkan serta berkenan meluluskan 15 permohonan, terdiri dari ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh untuk diwujudkan sebuah perkampungan, bagi mengimarahkan serta pengurusan mentadbirnya yang pada ketika itu ianya sungguh terpinggir dari masyarakat Islam .
Ia juga dikelilingi oleh hutan kecil dan bersempadankan pokok-pokok getah. Pembangunan rumah ketika itu amat perlahan sekali yangmana ramai dari kalangan penduduk bekerja dengan kerajaan di Hospital Kusta Sungai Buloh .
Pada penghujung tahun 1971 rumah pertama telah didirikan yang pada masa itu infrastruktur seperti jalan, letrik dan air masih lagi tiada. Pada tahun 1988 satu kawasan pemindahan setinggan telah diluluskan melibatkan 42 lot tanah dan perancangan telah dibuat oleh pihak pemilik tanah tersebut untuk dibangunkan dengan Perumahan kondomunium .
Kini Kampung Masjid telah menjadi nadi kepada negeri Selangor dengan adanya Hospital Sungai Buloh, Stesen komuter , perhunbungan Jalan Raya yang canggih serta bersempadan dengan kawasan-kawasan elit seperti Sierramas, Valencia dan sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY0lawqJPb5MedvbHz20BM3AsbOKOTb7_XBZlMpK-wNrthQK1-UEWJCwLbFa6YQYrR5_tXs22SmWryiIFOh14yZGeQ43WtNDJU_1DeOrBzTKww0YciGYhM92MyPUeiWVRVuf6D49W1ClM/s400/Peta+Lokasi+Kg+Masjid+Sungai+Buloh.gif)
No comments:
Post a Comment