Selamat Datang ke Blog Kg Masjid

Selamat Datang ke Blog Kg Masjid
Selamat Datang ke Blog Kg Masjid , Sungai Buloh, Selangor

Anda Pengunjung ke

Thursday, April 23, 2009

Selamat datang ke Website Kampung Masjid Sungai Buloh








Selamat Datang ke Kampung Masjid, Sungai Buloh. Selangor

SEKAPUR SIREH

Nama Kampung Masjid diambil dengan sempena Perasmian Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor sultan Sallahuddin Abdul Aziz Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 14 Julai 1967.

Dalam titah ucapan perasmian baginda telah mengistiharkan serta berkenan meluluskan 15 permohonan, terdiri dari ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh untuk diwujudkan sebuah perkampungan, bagi mengimarahkan serta pengurusan mentadbirnya yang pada ketika itu ianya sungguh terpinggir dari masyarakat Islam .

Ia juga dikelilingi oleh hutan kecil dan bersempadankan pokok-pokok getah. Pembangunan rumah ketika itu amat perlahan sekali yangmana ramai dari kalangan penduduk bekerja dengan kerajaan di Hospital Kusta Sungai Buloh .

Pada penghujung tahun 1971 rumah pertama telah didirikan yang pada masa itu infrastruktur seperti jalan, letrik dan air masih lagi tiada. Pada tahun 1988 satu kawasan pemindahan setinggan telah diluluskan melibatkan 42 lot tanah dan perancangan telah dibuat oleh pihak pemilik tanah tersebut untuk dibangunkan dengan Perumahan kondomunium .

Kini Kampung Masjid telah menjadi nadi kepada negeri Selangor dengan adanya Hospital Sungai Buloh, Stesen komuter , perhunbungan Jalan Raya yang canggih serta bersempadan dengan kawasan-kawasan elit seperti Sierramas, Valencia dan sebagainya.


Thursday, April 2, 2009

Program-program akan datang

  1. Program tilawah Al-Quran di Masjid Al-Maniah Batu Caves. Semua ahli JKKK diminta hadir.
  2. Pada 18/4/2009 Exco-exco iaitu Dr Hassn Ali dan YB Tuan Iskandar akan datang melawat ke kampung Masjid. Semua JKKK disaran membantu Masjid dalam menjalankan profram yang disediakan oleh pihak JKKK. Jemputan dijangka seramai 300 jemputan akan hadir. Oleh itu pada 17/4/2009 segala persiapan akan dibuat pada tarikh tersebut.
  3. Pada 4/4 satu program oleh Pejabat Kadi Kuang iaitu program Rumahku Syurgaku akan dijalankan di Auditorium , Hospital Sungai Buloh. Pada pukil 8:00 pagi sehingga 1:00 tengahari. Semua penduduk Kg Masijid dijemput hadir.
  4. Program Bumi Hijau akan diusahakan oleh JKKK Kg Masjid untuk menggalakkan sifat cintakan alam sekitar disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar yang berada di Kampung Masjid. Disamping dapat mengumpul dana untuk tabung JKKK Kg Masjid.

Persetujuan telah dibuat oleh ahli JKKK supaya mesyuarat JKKKK setiap bulan akan dibuat iaitu pada setiap hari Jumaat malam Sabtu pada setiap hujung bulan.
Secara amnya tarikh mesyuarat bulanan adalah seperti berikut :

Bulan March = 27/3
Bulan April = 24/4
Bulan May = 29/5
Bulan Jun = 26/6
Bulan July = 24/7
Bulan August = 28/8
Bulan Sept = 25/9
Bulan Oct = 30/10
Bulan Nov = 27/11

Bulan Dec = 25/12